Sunday, June 8, 2008

Puisi Mat Jenin

Dikayuh basikalnya ke pohon kelapa,

Mat Jenin mengeluh aduh dan duduk,

Sambil mendongak menghitung rezekinya,

Jikalau, jikalau, jikalau, jikalau masuk.

 

“Jika sebiji aku kocekkan seringgit,

Jika sepuluh, sepuluh Ringgit lah!

Jika tiga puluh hari aku mengait,

Aku buat tiga ratus ringgit sudah!”

 

“Itu baru sepokok, belum dua pokok!

Jika dua pokok, aku ajak Si Deris tolong.

Aah… upah dia cukup untuk sebatang rokok,

Dalam sebulan, enam ratus masuk tabung!”

 

“Eh, Si Seman pun takde kerja –

Dia pun boleh datang bantu aku.

Kalau bertiga, Jenin dan Kawan-Kawan,

Masing-masing boleh penuhkan saku!”

 

Mat Jenin tidak berlengah, berdiri dan lari

Menceritakan ilhamnya kepada Deris dan Seman:

Deris kebingungan dan hanya menggeleng;

Seman pula tak makan saman, enggan, jangan.

 

“Oh, fikirku boleh berjaya usaha ku nanti,

Tapi kalau Deris dan Seman pun tidak mahu,

Apa pula lagi sepuluh kelapa hendak dijual beli.

Lebih baik kait sebiji, jual sebiji, tak penat bahu.”

Jikalau Deris dan Seman mahu berganding

Sudah tentu Mat Jenin boleh jayakan usahanya.

Sudah dikatakan Deris dan Seman  orang penting;

Usaha Jenin tak boleh niaga, tak boleh berjaya.


Walhal kalau Jenin ke Ali, Atan dan Husin,

Kamal, Lokman, Ghani, Usop dan Amin,

(Amin pulak kenal dengan si Raja),

Jenin boleh usaha lebih empat pokok kelapa.


Ahmad Zahirudin Ahmad Fauzi

08 Jun 2008

1 comment:

Labyrinth said...

Dikira pohon sampai penin,
Suapan dilupa anginla perut,
Angan-angan si Mat Jenin,
Bagai angin si Mat Hirud.

Ada bau...