Ada bahasa yang indah dan cantik
Diolah dan ditutur di kertas dan perbualan;
Kamu melampaui bahasa-bahasa ini,
Kerana Ayah, walau tinggi tebu di lidah,
Walau menggunung ilmu di dada,
Tidak terungkap walau seperkataan
Yang cukup indah dan cantik
Untuk menghuraikan kamu.
Ada detik-detik manis dan penuh emosi
Dialami dan dijiwai di pagi, malam dan pagi kembali;
Kamu melampaui detik-detik ini:
Kerana Ayah, melangkah masuk rezeki Allah,
Walau lelah dipukul cabaran getir bertalu,
Walau azab ujian yang Ayah lalu;
Bila Ayah memeluk dan mengkucupi kamu,
Itulah detik Ayah lahir dan hidup sekaligus.
Ada impian yang setinggi cakerawala
Yang telah tertulis, dan boleh lagi ditulis;
Kamulah impian yang sentiasa tertulis,
Di toma setinggi langit dan lebih lagi,
Sebagaimana kamu Ayah sayangi;
Kamu sayangilah makhluk-makhluk Allah,
Panjangkanlah sinar kamu bila saja boleh,
Impian Ayah kita bersama setelah berpisah.
By Ahmad Zahirudin Ahmad Fauzi
Originally posted in AliloAqili
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sungguh puitis, dramatis, menyentuh qolbu seorang ayah seperti aku... :)
Aku baca balik puisi ni hari ni... Skrg ada 4 dah anak Ayah... Mengalir juga le air mata tetiba...
Post a Comment