Monday, June 22, 2009

Ayatku Untuk Mu

Pagi. Jingga cahaya di meja, putih menyala di mesin Perak ini;
Tadi, aku cuba kembalikan apa yang berlaku, tapi mindaku berkaki;
Lebih awal lagi, aku bersama mu (dan adik) makan bertiga;
Ayat seterusnya, dalam perenggan yang sama.

Malam. Aku keletihan dan kerinduan sekaligus;
Petang tadi aku alih minda ke dunia fantasi ganas dan hitam putih;
Esok, aku bercadang untuk membantu mereka yang tidak tahu bagaimana;
Ayat seterusnya, dalam perenggan yang sama.

Sentiasa. Di mindaku ada kau, dan kebanggaan dan kesayangan kita;
Dari dahulu lagi, hatiku memacu laju ke hadapan kerana kalian;
Selamanya. Aku adalah kawan terbaikmu, dan kau pula aku;
Ayat seterusnya, dalam perenggan-perenggan yang belum kutulis lagi.

by Ahmad Zahirudin
first published at aliloaqili

1 comments:

Mr. Tido said...

layan..

pixelofart.blogspot.com